Azizulhasni Awang
Azizulhasni Awang

@AzizulAWANG

7 تغريدة Oct 18, 2023
[1/7]
Pada Julai 2014, saya hampir di tendang keluar dari perkampungan sukan dan penyertaan saya di satu kejohanan besar di Eropah hampir dibatalkan.
Semuanya gara-gara kerana saya memaparkan mesej Save Gaza di atas glove yang saya pakai. Ketika itu saya berlumba dengan
[2/7]
pelumba dari England dan sejurus selepas memenangi perlumbaan tersebut, saya mengangkat kedua belah tangan utk menyampaikan mesej kepada seluruh dunia.
Ketika sepanjang kejohanan tersebut, Gaza teruk bertalu-talu di bom oleh tentera laknatullah. Ramai yang menjadi mangsa
[3/7]
dan terkorban termasuk wanita, anak-anak kecil dan bayi. Lagi memburukkan keadaan ketika itu adalah di bulan Ramadhan. Bulan suci umat Islam.
Alasan yang diberikan untuk membatalkan penyertaan saya adalah kerana saya menyampaikan mesej politik di pentas sukan. Niat saya
[4/7]
ketika itu hanyalah untuk menyampaikan mesej kemanusiaan bagi seluruh dunia tahu keadaan di Gaza.
Lihat betapa hipokritnya mereka, pelbagai cara mereka lakukan untuk menutup mulut, telinga dan mata dunia. Namun, apabila giliran mereka semuanya boleh pula.
[5/7]
Sebagai contoh peperangan antara dua negara sebelum ini, mereka satu dunia menyatakan sokongan kepada satu negara tersebut secara terbuka dan ianya dikatakan oleh mereka sebagai freedom of speech dan juga humanitarian support.
[6/7]
Teruskan memberi sokongan kepada saudara-saudara kita di Palestin. Ada pelbagai cara dan pelbagai ruang untuk membantu mereka disana. Bantulah mereka mengikut kemampuan diri kita tetapi yang paling penting adalah sekurang-kurangnya kita melakukan sesuatu.

جاري تحميل الاقتراحات...