Najib Bakar
Najib Bakar

@najib_bakar_

13 Tweets 226 reads Oct 03, 2023
M40 yang terpinggir? Selepas ni insya Allah, tidak lagi.
Tahniah rakan-rakan penjawat awam di DOSM dan MAMPU yang telah berjaya membina satu database komprehensif seluruh rakyat Malaysia bernama PADU.
(THREAD)
Pembinaan database ni tanpa kos tambahan konsultan luar, kerana Kerajaan hari ini percaya dengan bakat dan kebolehan penjawat awam.
Idea PADU ni diangkat oleh YB @rafiziramli sebelum PRU15, semasa siri kempen. Skrg ia sudah hampir diterjemah. Tapi, apa pentingnya PADU ni?
2/n
@rafiziramli Database ni merangkumkan kesemua database yang ada di pelbagai kementerian, agensi, serta badan berkanun di peringkat persekutuan dan negeri.
Sebelum ni kesemua database kerajaan terletak berasingan mengikut organisasi masing2 tanpa komunikasi antara satu sama lain.
3/n
Ada database jabatan kebajikan, e-kasih, zakat, bantuan sara hidup, bantuan kerajaan negeri, dan pelbagai lagi kategori bantuan drpd pelbagai agensi
Ada keluarga yang mungkin dpt manfaat bertindan drpd byk agensi kerajaan, ada keluarga yg mungkin tak dpt lgsg walau layak.
4/n
Poin utama adalah berkaitan pengkelasan rakyat mengikut kategori B40, M40, dan T20.
Sebelum ni kategori tersebut hanya berdasarkan pendapatan isi rumah semata-mata. Gaji lingkungan tertentu, akan masuk kategori tertentu.
5/n
Saban tahun kita dengar rungutan golongan M40 yang "tertinggal" dalam bajet tahunan negara.
Dengan PADU, rakyat Malaysia akan dipecahkan mengikut kategori "pendapatan boleh belanja bersih." Macam mana tu?
6/n
Nak mudah faham, selepas ini jika pendapatan isi rumah keluarga A yang tinggal di Kuala Lumpur sekitar RM6,000, mereka mungkin layak mendapat bantuan tertentu daripada kerajaan berbanding seorang bujang B di Batu Pahat yang bergaji RM3,000.
7/n
Keluarga A mungkin ada 5 orang anak, juga menanggung ibu bapa. Pendapatan boleh belanja bersih mereka mungkin kurang daripada si bujang B.
Bermaksud, walaupun secara kaedah lama pendapatan keluarga A dianggap M40 berbanding bujang B dalam B40, tapi...
8/n
...disebabkan pendapatan boleh belanja bersih mereka lebih kecil, mereka lebih layak dpt bantuan drpd kerajaan.
Ya, tempat kediaman/lokaliti, serta hutang juga pembolehubah utk kira perbelanjaan boleh belanja bersih.
*Nota: Contoh utk mudahkan cerita, bukan kaedah rasmi
9/n
Sebab itu juga subsidi bersasar lebih mudah untuk dijayakan selepas ini. Subsidi untuk elektrik, petrol, diesel, gula, minyak masak, tepung, beras.
Golongan sasaran akan lebih mudah disusun dan diatur mengikut keperluan mereka.
10/n
Jika tanya aku, apa perkara yang paling signifikan yang sedang diusahakan kerajaan sekarang? Aku akan jawab PADU.
Ini akan selesaikan isu pemberian subsidi pukal yang nilainya sangat besar sehingga golongan maha kaya pun menikmatinya.
11/n
Lebihan daripada penjimatan subsidi tu boleh disalurkan ke tempat lain yang lebih memerlukan seperti bidang kesihatan dan pendidikan.
Insya Allah PADU akan melalui fasa testing pada Nov 2023 sebelum mula boleh diakses orang ramai pada Jan 2024.
Bagaimana aplikasinya?
12/n
PADU ni database terletak di bahagian belakang sistem. Untuk di depan atau "front-end", boleh saja guna apa saja kaedah, guna IC, app MySejahtera, atau app khas.
Tak ada masalah.
Ini yang digelar cakap serupa bikin, atau apa Mat Saleh kata, walk the talk.
#PADU
n/n

Loading suggestions...