Parti MUDA
Parti MUDA

@partimuda

10 تغريدة 26 قراءة Mar 07, 2022
Tekad MUDA
Berlandaskan 5 teras utama, TEKAD MUDA dirangka bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat, ekonomi, kelestarian dan kecekapan urus tadbir DUN Johor.
Teras 1 - Kepimpinan Bertenaga & Pantas
Menerapkan kepimpinan responsif dan pantas dalam menangani masalah rakyat menerusi agihan bantuan efektif ketika bencana atau malapetaka seperti banjir. Tindakan pantas dan responsif perlu dalam menjaga kebajikan rakyat.
Teras 2 - Mengamalkan Demokrasi Pro Rakyat
Merangka dasar atau polisi baru negeri berdasarkan maklumbalas daripada rakyat melalui penubuhan Majlis Rakyat. Penyertaan rakyat dalam penggubalan dasar akan meningkatkan kecekapan urus tadbir DUN dan negeri.
Teras 3 - Membela Golongan Pertengahan (M40)
Memperluaskan capaian pengangkutan awam percuma negeri Johor untuk memudahkan akses masyarakat luar bandar ke bandar.
Teras 4 - Merapatkan Jurang Kelas Masyarakat
Bertujuan merapatkan jurang digital di kalangan belia dalam menikmati peluang pendidikan dan pekerjaan, di samping memperkasakan taraf keselamatan komuniti.
Teras 5 - Kemajuan Ekonomi Untuk Semua
Memacu pembukaan sempadan Johor-Singapura melalui kerjasama rapat dengan kerajaan persekutuan dan pihak berkepentingan. Langkah ini penting dalam membangunkan ekonomi dan pembangunan negeri Johor.
MUDA bersama calon-calon akan berkhidmat berpaksikan 5 teras ini sebagai langkah awal dalam membentuk negeri Johor yang baharu.
muda.my
#TekadMUDA
#JohorBangkit

جاري تحميل الاقتراحات...